Kisah Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya - Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum
Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi
dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah.
Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum
Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan
jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai
anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita
dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah
berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar
daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka
izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada
anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan
aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan
engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat
aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai
anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau
mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai
ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Kisah Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya - Khaitsamah tidak rela kecuali melalui
undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan
bahwa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar
dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju
medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja
Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
" Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran
inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kemarin aku bermimpi di mana di dalamnya
anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan
aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk
menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan
Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah
bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.Kisah Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya
0 komentar:
Posting Komentar